Monday, May 11, 2009

SUMABANGAN DANA/INFAQ

Bismillah
Assalamu'alaikum wbkth.

Di sini, saya ingin membuat beberapa pengumuman tentang infaq atau kutipan dana untuk perjalanan tarbiyah di Jakarta dan di Moestopo khususnya.. (disusun mengikut prioriti).

1. Bagi melancarkan aktiviti2 tarbiyah seperti ta'lim mingguan dan seminar mahupun apa2 aktiviti uni yang bakal dijalankan (makan2, jln2 dll), satu tabung infaq khas telah disediakan. Jadi, kerjasama para pelajar untuk turut menghulurkan sumbangan dari sudut financial amatlah dialu-alukan. Tabung ini akan beredar pada setiap kali ta'lim diadakan.

2. Ayah kepada salah seorang sahabat dari Ukrida, pelajar angkatan 2005, (Kak Ema-housemate K.Sarah and K.Afini) telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas dan dengan ini, sesiapa yang mengenali beliau dan nak bagi sumbangan seikhlasnya bagi meringankan beban beliau yang telah kehilangan ayah, bolehlah berbuat demikian sebelum hari penyerahan sumbangan pada hari Sabtu ini.

3. Salah satu aset tarbiyah yang sedang dalam perancangan untuk dibeli ialah Video Camera yang berharga sekitar Rp 5 Juta. (Sebelum ini alhamdulillah, kita telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membeli LCD projector yang dipakai utk ta'lim dan seminar). Memandangkan tarbiah berjalan tanpa sumbangan daripada mana2 pihak, jadi mana2 ahli tarbiah yang sudi menyumbang bolehlah berbuat demikian selewat-lewatnya Sabtu ini. Video camera ini bakal digunakan untuk merakam pelbagai aktiviti tarbiah terutama ta'lim dan seminar atau ceramah2 sebagai sumber primer berbentuk audio video yang akan disebarkan untuk manfaat generasi pelajar2 yang belajar di Jakarta mahupun di mana2 saja utk dikongsikan.

Sumbangan anda bolehlah diserahkan kepada saya ataupun mana2 wakil berikut:
Amirul, Bukhari, Hamidi, Adzwan, Aizah.

Sumbangan no 1 bersifat sunnat muakkad manakala yang no.2 dan no.3 terpulang.

Kerjasama anda semua sangatlah dihargai. Terima kasih. WS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.