Wednesday, June 10, 2009

Ta'lim dan Seminar Minggu Ini

Bismillah. Assalamu'alaikum wbkth.

Minggu ini akan dijalankan beberapa majlis ilmu, para pelajar dialu-alukan utk meluangkan masa menghadirinya.

(1) SEMINAR PERUBATAN ISLAM
Tarikh : 12 Jun 2009
Hari : Jumaat
Waktu : Selepas Solat Isya’
Tempat : Masjid Nurul Hikmah,
Tanjung Duren Selatan (berhampiran kediaman mahasiswa Ukrida).
Penceramah : Dr H. Briliantono M. Soenarwo
Maklumat lanjut boleh diperoleh di: BLOG PKPMI-CJ

(2) Ta'lim batch 05, 06, 07.
Tarikh: 12 Jun 2009
Hari: Jumaat
Masa: 4.45 ptg
Penyampai: Bro Naseem
Tajuk: ISLAM

(3) Seminar Firqah2 Sesat 2: "Syi'ah"- utk batch 08

Tarikh: 14 Jun 09
Hari: Ahad
Masa: 9-11 pg
Penyampai: Bro Naseem
Tempat: Musholla kosan Mara girls
**Buku bertajuk "Syiah Rafidhah: Di Antara Kecuaian Ulama' dan Kebingungan Ummah" akan diedarkan secara percuma.

sekian, terima kasih.

WS.

Monday, June 1, 2009

SEMINAR FIRQAH-FIRQAH SESAT: ISLAM LIBERAL & TAREKAT SESAT

"Apa Yang Perlu Anda Tahu?.."

Perkara yang paling penting dalam menilai sesuatu kumpulan atau ajaran ialah isi kandungan atau inti ajarannya. Dengan meneliti asas pegangan dan perjalanan sesuatu ajaran serta dibandingkan apa yang terdapat dalam Al-Quran dan as-Sunnah, maka kita akan dapat menentukan kebenaran atau penyelewengannya. Gelaran yang diberikan tidaklah terlalu penting, boleh jadi ada ajaran yang namanya baik sehingga orang ramai menyangkanya ajaran yang baik sedangkan isi kandungannya tidak seperti yang digambarkan.


Justeru, rujukan kita dalam menghukum sesuatu bukan pada nama atau sangkaan orang ramai, sebaliknya pada isi kandungannya secara adil dan saksama. Sesiapa yang berpegang kepada AQ dan AS dengan tafsiran yang benar, maka dia berada di atas jalan petunjuk, sesiapa yang meninggalkan kedua-dua sumber tersebut atau menafsirkannya mengikut hawa nafsu, maka mereka golongan yang berada dalam kesesatan. - Maulana Asri Yusoff.


Maka, atas dasar keprihatinan terhadap penyelewengan aqidah yang wujud di tengah2 umat, kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya tak satu pun daripada pengikut Nabi Muhammad SAW terlibat dalam kancah kesesatan ini...Kenalilah firqah2 sesat di persekitaran anda dan berhati-hatilah atas perkara yang terkadang tidak kita sedari kesesatannya. ..Berpegang teguh lah pada aqidah ASWJ!!! Ikuti..

"SEMINAR FIRQAH2 SESAT: ISLAM LIBERAL & TAREKAT yang SESAT"

Tanggal: 7 Juni 2009 (Ahad)

Waktu: 8.30 am - 12.00 pm

Lokasi: Ruang 505, Kampus FKG, Moestopo


Penyampai jemputan: Bro Adli Khalim & Bro Nabieh Abqory (Trisakti).

Buku-buku berikut akan diedarkan kepada setiap pelajar secara PERCUMA utk dimiliki dan sbg rujukan ketika seminar:


(i) Bahaya Islam Liberal: IL Ancaman Terhadap Islam Tulen & IL Menggugat Mushaf Uthmani.


(ii) Menilai Tarekat dan Kesufian dengan Syariat Allah (Dr Asri Zainul Abidin)


(iii) Syi'ah Rafidhah : Di Antara Kecuaian Ulama' dan Kebingungan Ummah (Maulana Asri Yusoff) - seminar tentang Syiah bakal menyusul selepas ini.


Semua pelajar angkatan 2008 diharap dapat meluangkan masa menghadirkan diri bagi menjayakan seminar, manakala kedatangan pelajar batch 07 ke atas dialu-alukan. Sila sahkan kehadiran anda dan makanan (Rp 11k) segera kepada wakil kelas masing-masing (Din, Izan, Syazu).


Firman Allah SWT,

"Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang lurus" (QS Ali - Imran: 101)

Contact Person: Farhani (081806978069)

Sekian,
Terima kasih atas kerjasama.