Tuesday, August 18, 2009

Persiapkan Diri Dengan Ilmu Utk Ramadhan!!

Assalamu'alaikum wbkth.

Kepada rakan pelajar sekalian,

InsyaAllah, lebih kurang satu atau 2 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa wajib Ramadhan, diharap, para sahabiah sudah settle kan puasa2 ganti yang telah tertangguh, dan bersyukurlah bagi mereka yang telah melewati Sya'ban dengan membanyakkan puasa sunat, mudah-mudahan anda semua diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Di kesempatan ini, saya ingin sekali berkongsi bahan2 bacaan dengan rakan2 supaya liburan dan kelapangan yang diizinkan oleh Allah SWT digunakan sebaik mungkin untuk memperkayakan ilmu yang sahih tentang ibadah puasa dan ibadah2 lainnya dalam bulan Ramadhan, kerana kita tidak mahu ibadah yang kita lakukan itu sia2. Syarat diterimanya sesuatu amalan/ibadat bukan sekadar niat yang ikhlas, malah caranya juga perlulah sama dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Marilah kita bersama2 mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum melangkah ke gerbang Ramadhan. Meh download dan baca!!

Sifat Puasa Rasulullah- Shaikh Salim al-Hilali dan Shaikh Ali al Halabi
www.mediafire. com/?m3ztlrzr5fm

Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa
www.mediafire. com/?d3nnnmjzydx

Koleksi Tulisan Berkaitan Tarawikh dan Witir
www.mediafire. com/?gmtmnwftljv

Sifat Tarawikh Nabi
www.mediafire. com/?bmdyymjmy0t

Risalah Ramadhan- Shaikh Jarullah
www.mediafire. com/?mqjz4woykzw

Petunjuk Puasa Nabi- Ustaz Fathul Bari
www.mediafire. com/?2dgvbzgwntm

Ramadaan-As- Observed- By-The-Prophet. pdf
www.mediafire. com/down. ..tihwzgzkil


Menentukan awal Ramadhan dengan Anak Bulan dan Hisab
lobaitampin. blogspot. c...-anak. html

Memahami Syarat dan Rukun Puasa
lobaitampin. blogspot. c...puasa. html

Akibat Meninggalkan Puasa
lobaitampin. blogspot. c...puasa. html

Sahkah Puasa Yang Dilakukan Orang Yang Tidak Solat
lobaitampin. blogspot. c...-yang. html

Ganjaran Untuk Mereka Yang Berpuasa
lobaitampin. blogspot. c...puasa. html

Menghidupkan Bulan Ramadhan Dengan Sunnah
lobaitampin. blogspot. c...engan. html

Untuk link download penulisan di bawah, sila ke sini
moslemsunnah. wordpress. ..dhan-anda/


1. Agar Puasa Lebih Bermakna oleh Ust. Abu Umar Basyir. Tulisan ini menjelaskan secara singkat mengenai keutamaan puasa dan Ramadhan serta amalan-amalan sunnah apa saja yang dapat dilakukan untuk mengisi bulan Ramadhan dengan penuh makna.

2. Beberapa Kekeliruan Kaum Muslimin Seputar Lailatul Qadar oleh Syaikh Masyhur bin Hasan. Tulisan ini mengulas kesalahan-kesalahan dan pelanggaran- pelanggaran yang dilakukan oleh sebagian kaum muslimin berkaitan dengan Lailatul Qadar.

3. Beginilah Seharusnya Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan!!! oleh Abu Salma.

4. Bekal-bekal Ramadhan oleh Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu.

5. Berpuasa & Berhari-raya Bersama Orang Banyak oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah. Artikel ringkas menerangkan kewajiban kita untuk mulai puasa dan berhari-raya bersama kaum muslimin.

6. Bersama Nabi di Bulan Ramadhan oleh Syaikh Muhammad Musa Nasr.

7. Bid’ah-bid’ah Pada Bulan Ramadhan oleh Ust. Abu Ihsan Al-Atsary. artikel ini memuat kumpulan sebagian ritual-ritual yang biasa dilakukan oleh masyarakat pada bulan Ramadhan, namun nabi mereka sendiri tidak pernah mencontohkannya.

8. Hadits-hadits Dha’if Seputar Ramadhan oleh Ust. Arif Syarifuddin, Lc. Artikel ini memuat kumpulan hadits-hadits dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu) yang berkaitan dengan Ramadhan.

9. Kemungkaran- Kemungkaran Di Hari Raya oleh Syaikh Ali bin Hasan Al-Atsari.

10. Mendulang Sunnah Nabi Pada Hari Raya ‘Iedul Fitri oleh Ust. Abu Ihsan Al-Atsary. Tulisan ini membahas sunnah-sunnah Hari Raya ‘Idul Fitri.

11. Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan oleh Syaikh ‘Abdullah al-Jarullah.

12. Ramadhan Mubarak (Penuh Berkah) oleh Ust. Abu Auf Abdurrahman Attamimi.

13. Seputar Bid’ah Shalat Tarawih oleh Ust. Zainal Abidin Syamsuddin, Lc. Tulisan ini secara khusus menyebutkan sebagian bid’ah-bid’ah seputar shalat Tarawih.

14. Shalat Malam di Bulan Ramadhan oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani.

15. Sifat Puasa Nabi oleh Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly & Syaikh Ali Hasan. Buku ini menjelaskan seputar puasa dan bulan Ramadhan. Mulai dari keutamaan, tata cara puasa, shalat-shalat dalam Ramadhan, sampai dengan qadha’, kafarat, fidyah dan zakat fithri serta tidak lupa juga Lailatul Qadr dan i’tikaf.

16. Sifat Tarawih Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam oleh Ust. Abu Hamzah Al-Sanuwi, Lc MAg. Tulisan ini mengulas pembahasan tentang karakteristik shalat tarawih yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, keutamaan dan permasalahan seputarnya.

17. Studi Kritis Hadits Tentang Jumlah Takbir Shalat ‘Ied oleh Ust. Abu Asma Kholid Syamhudi.

18. Tafsir Ayat Puasa dan Faidah Hukumnya oleh Syaikh Salim bin Ied al-Hilali. Tulisan ini disarikan dari Bahjatun Nazhirin Syarh Riyadhus Shalihin jilid 2 hal 352.

19. Tugas Seorang Muslim Pada Bulan Ramadhan oleh Syeikh Ali Hasan Al Atsari.

20. Waktu Imsak Kebiasaan Ummat Yang Tanpa Tuntunan.

*Akan di 'update' dari masa ke masa. WISHING YOU A HAPPY AND BLESSED RAMADHAN!!..


Monday, July 27, 2009

BULAN SYA'BAN

Alhamdulillah, kita telah berada dalam bulan Sya'ban, tidak berapa hari lagi, kita akan menganjak ke bulan Ramadhan pula. Namun, ini tidak lah bererti kita hanya perlu duduk menunggu Ramadhan tiba tanpa mempersiapkan diri, ambillah peluang di bulan bulan Sya'ban ini untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana yang tertulis dalam hadis-hadis sahih, dan tinggalkanlah perkara-perkara yang sebenarnya tidak menjadi tuntutan Rasulullah SAW.

Terdapat satu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini iaitu amalan puasa. Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya’ban dibanding bulan-bulan lainnya selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa, sampai kami katakan bahwa beliau tidak berbuka. Beliau pun tidak berpuasa sampai kami katakan bahwa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156).

Dalam lafazh Muslim, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya. Namun beliau berpuasa hanya sedikit hari saja.” (HR. Muslim no. 1156).

Dari Ummu Salamah, beliau mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam setahun tidak berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Sya’ban, lalu dilanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih) [maksud puasa penuh di sini ialah puasa pada kebanyakan hari di bulan Sya'ban].

Hikmah di balik puasa Sya’ban adalah:

  1. Bulan Sya’ban adalah bulan di mana manusia lalai. Kerana mereka sudah hanyut dengan istimewanya bulan Rajab (yang termasuk bulan Haram) dan juga menanti bulan sesudahnya yaitu bulan Ramadhan. Tatkalah manusia lalai, inilah keutamaan melakukan amalan puasa ketika itu.
  2. Puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, hal. 234-243).
Selaras dengan anjuran Rasulullah SAW ini, kami mengajak semua para pembaca agar dapat bersama meningkatkan ibadah puasa di bulan ini dan tidak melupakan ibadah sunnah lainnya tanpa mengira waktu.
Untuk mengetahui isu-isu seputar Sya'ban seperti Keutamaan Bulan Sya'ban, Malam nisfu Sya'ban, Puasa Setelah Pertengahan Sya'ban, Puasa 1 atau 2 hari Sebelum Ramadhan, Hadis-hadis Lemah dan Hadis Palsu di bulan Sya'ban, kami menjemput anda semua men'download' risalah 1001 Persoalan di Bulan Sya'ban ini untuk dibaca. Semoga bermanfaat.

Wednesday, June 10, 2009

Ta'lim dan Seminar Minggu Ini

Bismillah. Assalamu'alaikum wbkth.

Minggu ini akan dijalankan beberapa majlis ilmu, para pelajar dialu-alukan utk meluangkan masa menghadirinya.

(1) SEMINAR PERUBATAN ISLAM
Tarikh : 12 Jun 2009
Hari : Jumaat
Waktu : Selepas Solat Isya’
Tempat : Masjid Nurul Hikmah,
Tanjung Duren Selatan (berhampiran kediaman mahasiswa Ukrida).
Penceramah : Dr H. Briliantono M. Soenarwo
Maklumat lanjut boleh diperoleh di: BLOG PKPMI-CJ

(2) Ta'lim batch 05, 06, 07.
Tarikh: 12 Jun 2009
Hari: Jumaat
Masa: 4.45 ptg
Penyampai: Bro Naseem
Tajuk: ISLAM

(3) Seminar Firqah2 Sesat 2: "Syi'ah"- utk batch 08

Tarikh: 14 Jun 09
Hari: Ahad
Masa: 9-11 pg
Penyampai: Bro Naseem
Tempat: Musholla kosan Mara girls
**Buku bertajuk "Syiah Rafidhah: Di Antara Kecuaian Ulama' dan Kebingungan Ummah" akan diedarkan secara percuma.

sekian, terima kasih.

WS.

Monday, June 1, 2009

SEMINAR FIRQAH-FIRQAH SESAT: ISLAM LIBERAL & TAREKAT SESAT

"Apa Yang Perlu Anda Tahu?.."

Perkara yang paling penting dalam menilai sesuatu kumpulan atau ajaran ialah isi kandungan atau inti ajarannya. Dengan meneliti asas pegangan dan perjalanan sesuatu ajaran serta dibandingkan apa yang terdapat dalam Al-Quran dan as-Sunnah, maka kita akan dapat menentukan kebenaran atau penyelewengannya. Gelaran yang diberikan tidaklah terlalu penting, boleh jadi ada ajaran yang namanya baik sehingga orang ramai menyangkanya ajaran yang baik sedangkan isi kandungannya tidak seperti yang digambarkan.


Justeru, rujukan kita dalam menghukum sesuatu bukan pada nama atau sangkaan orang ramai, sebaliknya pada isi kandungannya secara adil dan saksama. Sesiapa yang berpegang kepada AQ dan AS dengan tafsiran yang benar, maka dia berada di atas jalan petunjuk, sesiapa yang meninggalkan kedua-dua sumber tersebut atau menafsirkannya mengikut hawa nafsu, maka mereka golongan yang berada dalam kesesatan. - Maulana Asri Yusoff.


Maka, atas dasar keprihatinan terhadap penyelewengan aqidah yang wujud di tengah2 umat, kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya tak satu pun daripada pengikut Nabi Muhammad SAW terlibat dalam kancah kesesatan ini...Kenalilah firqah2 sesat di persekitaran anda dan berhati-hatilah atas perkara yang terkadang tidak kita sedari kesesatannya. ..Berpegang teguh lah pada aqidah ASWJ!!! Ikuti..

"SEMINAR FIRQAH2 SESAT: ISLAM LIBERAL & TAREKAT yang SESAT"

Tanggal: 7 Juni 2009 (Ahad)

Waktu: 8.30 am - 12.00 pm

Lokasi: Ruang 505, Kampus FKG, Moestopo


Penyampai jemputan: Bro Adli Khalim & Bro Nabieh Abqory (Trisakti).

Buku-buku berikut akan diedarkan kepada setiap pelajar secara PERCUMA utk dimiliki dan sbg rujukan ketika seminar:


(i) Bahaya Islam Liberal: IL Ancaman Terhadap Islam Tulen & IL Menggugat Mushaf Uthmani.


(ii) Menilai Tarekat dan Kesufian dengan Syariat Allah (Dr Asri Zainul Abidin)


(iii) Syi'ah Rafidhah : Di Antara Kecuaian Ulama' dan Kebingungan Ummah (Maulana Asri Yusoff) - seminar tentang Syiah bakal menyusul selepas ini.


Semua pelajar angkatan 2008 diharap dapat meluangkan masa menghadirkan diri bagi menjayakan seminar, manakala kedatangan pelajar batch 07 ke atas dialu-alukan. Sila sahkan kehadiran anda dan makanan (Rp 11k) segera kepada wakil kelas masing-masing (Din, Izan, Syazu).


Firman Allah SWT,

"Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang lurus" (QS Ali - Imran: 101)

Contact Person: Farhani (081806978069)

Sekian,
Terima kasih atas kerjasama.

Monday, May 11, 2009

SUMABANGAN DANA/INFAQ

Bismillah
Assalamu'alaikum wbkth.

Di sini, saya ingin membuat beberapa pengumuman tentang infaq atau kutipan dana untuk perjalanan tarbiyah di Jakarta dan di Moestopo khususnya.. (disusun mengikut prioriti).

1. Bagi melancarkan aktiviti2 tarbiyah seperti ta'lim mingguan dan seminar mahupun apa2 aktiviti uni yang bakal dijalankan (makan2, jln2 dll), satu tabung infaq khas telah disediakan. Jadi, kerjasama para pelajar untuk turut menghulurkan sumbangan dari sudut financial amatlah dialu-alukan. Tabung ini akan beredar pada setiap kali ta'lim diadakan.

2. Ayah kepada salah seorang sahabat dari Ukrida, pelajar angkatan 2005, (Kak Ema-housemate K.Sarah and K.Afini) telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas dan dengan ini, sesiapa yang mengenali beliau dan nak bagi sumbangan seikhlasnya bagi meringankan beban beliau yang telah kehilangan ayah, bolehlah berbuat demikian sebelum hari penyerahan sumbangan pada hari Sabtu ini.

3. Salah satu aset tarbiyah yang sedang dalam perancangan untuk dibeli ialah Video Camera yang berharga sekitar Rp 5 Juta. (Sebelum ini alhamdulillah, kita telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membeli LCD projector yang dipakai utk ta'lim dan seminar). Memandangkan tarbiah berjalan tanpa sumbangan daripada mana2 pihak, jadi mana2 ahli tarbiah yang sudi menyumbang bolehlah berbuat demikian selewat-lewatnya Sabtu ini. Video camera ini bakal digunakan untuk merakam pelbagai aktiviti tarbiah terutama ta'lim dan seminar atau ceramah2 sebagai sumber primer berbentuk audio video yang akan disebarkan untuk manfaat generasi pelajar2 yang belajar di Jakarta mahupun di mana2 saja utk dikongsikan.

Sumbangan anda bolehlah diserahkan kepada saya ataupun mana2 wakil berikut:
Amirul, Bukhari, Hamidi, Adzwan, Aizah.

Sumbangan no 1 bersifat sunnat muakkad manakala yang no.2 dan no.3 terpulang.

Kerjasama anda semua sangatlah dihargai. Terima kasih. WS.

Wednesday, April 22, 2009

~..::SEMINAR PENGANTAR ILMU TAFSIR & BEDAH BUKU: 20 PERSOALAN ASAS TENTANG HADIS::..~



HARI: AHAD

TARIKH: 26 APRIL 2009

TEMPAT: RUANG 505 KAMPUS FKG, MOESTOPO

BAYARAN: Rp 11K (MAKAN) DAN Rp 20 K (BUKU)

WAKTU:
SESI I: 8.30-10.00 WIB - PENGANTAR ILMU TAFSIR
SESI II: 10.30-12.30 WIB - 20 PERSOALAN ASAS TENTANG HADIS

SPEAKER UNDANGAN:
SESI I: BRO NASEEM (UKRIDA)
SESI II: BRO NABIEH ABQORY (TRISAKTI)


P/S: Juniors hanya terlibat dengan sesi II, kepada mereka yang telah mendapatkan buku edaran 20 Persoalan Asas tentang Hadis (Us Adlan Abdul Aziz), sila bawa bersama buku tersebut sebagai rujukan.

Contact person:
1) Ahmad Bukhari 02195954781
2) Farhani Binti Md Azizan 081806978069
3) Tuan Nor Aizah Binti Tuan Yusoff 08180785535
atau wakil kelas masing-masing.

Semua dijemput hadir. Terima kasih. Kerjasama anda sangatlah dihargai.


Saturday, April 18, 2009

SANG MURABBI...



Penulisan ini adalah satu penghargaan buat murabbi dan murabbiah yang telah mengajarkan kita ilmu agama selama kita berada di Jakarta ini...

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani


Terima kasih...

Terima kasih. Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda semua yang ikhlas keranaNya..